Friday, 21 October 2016

CAR RENTAL | KERETA SEWA | PENJAGAAN BATERI KERETA

Assalamualaikum Semua :) 


Hari ni saya nak kongsikan sedikit tips tentang penjagaan bateri kereta anda.
Bateri merupakan komponan terpenting dalam kereta kita...

Yelah dah takde bateri macam mana nak start kan ? Ye dok ??


Dengan penjagaan yang baik, bateri mampu tahan sehingga mencecah 3 tahun lama nya...
Namun, jika tidak dijaga dengan sempurna, tak sampai habis warranty, mereput pula hayat bateri kereta kita...

So, kali ni..meh kita sama-sama tambah ilmu tips penjagaan bateri kereta...



Tips penjagaan kereta kali ini akan memberikan penekanan terhadap isu bateri kereta. Untuk menghidupkan enjin, bateri kereta kita perlu berada pada tahap yang optimum. Bateri yang lemah akan menyukarkan kita untuk menghidupkan enjin. Dalam pada masa yang sama, ia akan meningkatkan risiko untuk kereta tiba-tiba rosak ketika sedang memandu di jalan raya. Secara tidak langsung, ia akan melibatkan kos yang tinggi untuk memulihkan kereta.

Moga bermanfaat yaaa

Terdapat 2 jenis bateri kereta iaitu :


Bateri Basah


Untuk bateri basah, pemilik kereta perlu sentiasa memantau keadaan air bateri.Pastikan ia berada pada paras normal. Sekiranya air bateri berada pada paras yang rendah, segera tambahkan air bateri. Ini bagi mengelakkan daripada plet plumbum menjadi kering.


Bateri Kering


Manakala, bagi bateri kering (atau maintenance-free battery) pula berbeza dengan bateri basah dari segi penyelenggaraan. Bateri kering tidak memerlukan pemilik kereta untuk periksa air bateri setiap masa.


Tip Dan Cara Penjagaan Bateri Kereta

1. Bagi bateri basah, seeloka-eloknya, lakukan penyelenggaraan pada air bateri (asid sulfurik) seminggu sekali. Pastikan tahap sukatan air bateri ini sentiasa diperiksa. Jika ia berada pada paras yang rendah, isi semula sehingga ia mencapai tahap yang normal. Elakkan daripada terlebih isi air bateri. Ini adalah disebabkan limpahan air bateri akan merosakkan beberapa bahan kereta yang lain. Untuk membeli air bateri, ia boleh didapati di stesen minyak yang berdekatan dengan kos serendah RM2 sebotol.

2. Berbeza bagi bateri kering pula, bagi bateri kering apa yang perlu dilihat adalah penunjuk caj bateri. Jika ianya "hijau", maka bateri itu berada pada tahap ÖK". Namun sebaliknya, jika ianya "hitam", itu bermakna bateri tersebut telah "KO". Pada tahap ini, bateri kita perlu diganti segera.

3. Debu putih ini adalah kesan-kesan yang kita dapat lihat pada terminal bateri. Amat penting untuk kita membersihkan debu-debu ini ya. Cara untuk membersihkan debu-debu ini adalah bancuhkan natrium karbonat (baking powder) dengan air.Apabila bancuhan ini dibilas pada terminal bateri, maka kita akan lihat kemunculan buih-buih di sekeliling. Jangan risau, buih ini akan hilang sekali dengan kesan debu putih. Selepas itu, pastikan kita ketatkan ikatan kepala bateri dan bilas dengan air biasa.

Nak lagi mudah, spray kan sahaja debu-debu ini dengan silikon anti karat. Mudah bukan?
4. Seelok-eloknya, sebelum kita memulakan perjalanan ke tempat yang jauh, periksa bateri terlebih dahulu. Ada kemungkinan penutup bateri hilang, bahagian bateri retak dan sebagauinya. Dengan melakukan semakan secara ringkas ini, kita dapat mengelakkan daripada menanggung risiko keselamatan dan kos yang tinggi bagi tujuan pembaikan.

5. Jika ingin meninggalkan kereta untuk satu tempoh masa yang lama pula, pastikan sambungan wayar pada bateri dicabut bagi mengelakkan sambungan caj berlaku.


Sekian dan selamat membaca !!!


No comments:

Post a Comment