Thursday, 15 September 2016

TRINADI TRANSPORT | TIPS MENYEWA KERETA

TRINADI | TIPS MENYEWA KERETA

Kebanyakan dari pengusaha kereta sewa tidak dapat lari dari memikirkan risiko kereta rosak, terlibat dalam kemalangan dan pelbagai macam 1001 risiko lain lagi. Kami juga tidak dapat lari dari memikirkan keadaan ini. Namun sering kali ketika menyerahkan kereta untuk di sewa, kami akan mengingatkan penyewa untuk menjaga kenderaan sebaik mungkin, kerana apa-apa yang berlaku ke atas kenderaan, akan di tanggung sepenuhnya oleh penyewa. Kami ingin berkongsi sedikit tips berkenaan penjagaan kereta sewa yang boleh menguntungkan kedua-dua belah pihak.

1) Bina reputasi anda sebagai penyewa: 



Anda mungkin kerap menyewa kereta dan sering menyewa dengan pengusaha kereta sewa yang sama. Maka anggap lah kenderaan yang anda sewa itu sebagai kenderaan anda sendiri kerana jika rekod penyewaan anda baik (kereta tiada kesan calar setelah disewa oleh anda dsb) maka pengusaha kereta sewa akan berasa lebih yakin dengan anda, maka peluang untuk anda mendapat diskaun apabila ingin menyewa kenderaan adalah lebih cerah pada masa akan datang.


2) Pulangkan kenderaan mengikut masa yang ditetapkan:



Jika berjanji pada pukul 4 petang, maka datanglah tepat pada masanya, pengusaha mungkin telah berjanji dengan penyewa lain selepas anda, maka kelewatan anda menyebabkan penyewa berikutnya terjejas.Pengusaha akan mengira lebihan jam kelewatan anda, maka anda perlu bersedia untuk di tolak daripada wang deposit. Keadaan mungkin berbeza sekiranya anda telah memberitahu lebih awal kepada pengusaha, pengusaha mungkin akan menggunakan budi bicara masing-masing yang kebiasaannya akan tutup sebelah mata sahaja.


3) Hak anda sebagai penyewa:



Ketika anda menerima kenderaan, adalah menjadi keperluan untuk anda melihat keseluruhan kenderaan yang bakal anda sewa. Anda berhak untuk meminta kenderaan ditukar sekiranya anda tidak yakin dengan kenderaan yang bakal disewa. Tidak terhad disitu, sekiranya kenderaan dalam keadaan kotor dan tidak berbasuh, anda boleh meminta kenderaan dibasuh/dibersih terlebih dahulu ATAU anda meminta diskaun dari jumlah sewa yang telah ditetapkan. SEKIRANYA kenderaan yang anda sewa rosak yang disebabkan oleh kenderaan itu sendiri, maka anda boleh lah berunding untuk mengurangkan harga serendah mungkin atau tiada bayaran dibuat kesan dari pembaziran masa dan agenda anda yang telah terganggu disebabkan keadaan kenderaan yang tidak memuaskan.


4) Balance minyak: 


Kebanyakan pengusaha biasanya akan melihat paras petrol ketika menyerahkan kenderaan dan menjangkakan tahap petrol yang diterima setelah kenderaan dipulangkan adalah sama. Jadi untuk mengelakkan kemusykilan mengapa deposit kereta berkurangan, adalah lebih baik memulangkan kenderaan seperti asal ketika diterima. Ada juga sesetengah pengusaha yang lebih strict, kebersihan kereta ketika dipulangkan juga diambil kira. Malah ada sesetengah mensyaratkan penyewa tidak boleh membawa barangan yang kuat berbau seperti durian!


5) Saman dan kesalahan trafik:



Ini perkara yang membuatkan banyak pengusaha pening termasuk kami sendiri ;-) . Jika boleh, anda sebagai penyewa elakkanlah daripada di saman untuk mengelakkan pertikaian dikemudian hari. Patuhilah had laju yang ditetapkan. Di kalangan pengusaha sendiri terdapat rangkaian yang membolehkan mereka 'menapis' nama anda. Sekiranya anda pernah mempunyai rekod seperti tidak membayar saman seperti di dalam surat perjanjian, maka jangan terkejut sekiranya anda tidak dibenarkan untuk menyewa kenderaan kerana mungkin maklumat berkenaan diri anda telah ada di kalangan pengusaha.


Cukup lah dulu 5 tips ini. Lain kali kami berkongsi lagi. Jangan lupa, sekiranya anda ingin menyewa kereta, hubungi kami seperti nombor yang tertera di atas ;-)

017-3030 990

No comments:

Post a Comment